Taklimat Secara Atas Talian bersama Staf PI Sprintz Designs

8 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2020, Jumaat, staf Pusat Internet (PI) di bawah seliaan Sprintz Designs telah menyertai sesi taklimat bersama pihak pengurusan bermula pukul 10:30 pagi sehingga 4:00 petang secara atas talian melalui aplikasi Microsoft Team.

Antara perkara yang dibincangkan ialah tentang pengurusan laporan bulanan yang betul. Perbincangan dan perkongsian ini penting bagi mengelakkan staf mengulangi kesilapan yang sama dan seterusnya dapat menyediakan laporan-laporan dengan baik seperti yang diminta oleh pihak pengurusan.

Diharap dengan adanya sesi ini dapat membantu staf Pusat Internet dalam pengurusan pusat internet khususnya dalam pengurusan laporan bulanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali